jump to navigation

Sepak Takraw June 3, 2010

Posted by berthae in kuliah.
Tags:
trackback

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN Sepak Takraw
Permainan ini dahulunya dikenali sebagai sepak raga dan
mula dikenali semasa sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Tidak
diketahui bilakah permainan ini diperkenalkan tetapi ia
dianggap sebagai permainan tradisional atau permainan rakyat
bangsa Melayu. Pada mulanya ia dimainkan di kawasan lapang
di istana oleh anak-anak pembesar istana. Sepak raga kemudiannya
berkembang dan dimainkan oleh semua peringkat masyarakat
Melayu. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dalam bentuk
bulatan dan memerlukan kemahiran mengawal dan menimang
bola.
Pada peringkat awal permainan ini, bola sepak raga dibuat
daripada rotan yang mudah diperoleh daripada kawasan hutan
di negara kita. Walau bagaimanapun, setelah melalui proses
perkembangan teknologi, kini sudah ada bola sepak raga yang
diperbuat daripada plastik.
Menjelang tahun 1962, sepak raga mula dimainkan di dalam
gelanggang dengan menggunakan jaring. Bilangan pemain bagi setiap
pasukan pula dihadkan kepada tiga orang, iaitu bagi setiap regu. Kini permainan
sepak takraw dimainkan di seluruh pelosok negara di Asia Tenggara dan telah
diersetujui dipertandingkan di peringkat Sukan SEA pada tahun
1965. Nama permainan sepak raga
pula telah ditukar
dan digantikan dengan
nama sepak
takraw supaya
lebih diterima di
peringkat antarabangsa.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: